Ayam Pansuh

Ayam pansuh merupakan makanan tradisi dalam kalangan masyarakat Bidayuh di Sarawak terutamanya ketika perayaan Gawai Dayak dan keraian lain yang tidak akan lengkap tanpa hidangan ini.

Keunikan rasa ayam pansuh ini juga menjadikan makanan ini diangkat sebagai tradisi turun-temurun masyarakat Bidayuh meskipun cara penyediaannya agak rumit kerana menggunakan batang buluh.